Jump to content

Intuition:Wlmsurvey-2012-welcome-text/ms

From translatewiki.net

Selamat datang ke tinjauan peserta Wiki Loves Monuments 2012! Tinjauan ini bertujuan mengumpul statistik tentang mereka yang menyertai Wiki Loves Monuments, tujuan mereka berbuat demikian, serta pendapat mereka tentang cara pertandingan ini dianjurkan. Tujuan kami ialah menggunakan maklumat ini untuk memperbaiki pengalaman anda bersama Wiki Loves Monuments 2013, serta menjadikan edisi seterusnya lebih mesra, lebih senang, dan lebih seronok untuk disertai! Kami akan menggunakan jawapan-jawapan anda dalam tinjauan ini untuk membuat statistik yang diawanamakan, dan tidak akan menggunakan, mengongsi atau mengumumkan sebarang data yang boleh dicamkan penggunanya dalam apa jua keadaan sekalipun. Kira-kira 5 minit diperlukan untuk mengisi tinjauan ini, dan kami berterima kasih kepada anda terdahulu kerana sudi meluangkan masa demi tinjauan ini. Sila ambil perhatian bahawa tidak satu soalan pun wajib dijawab, dan anda boleh mengelak daripada menjawab jika ingin.

Yang telus Elke, Lodewijk, Maarten dan Tomasz Pasukan penyelerasan Wiki Loves Monuments, info@wikilovesmonuments.org