MediaWiki:Optin-improvements/ms

From translatewiki.net
Jump to: navigation, search

!!FUZZY!!== Apa yang telah dipertingkatkan? ==

Tampilan skrin tab pandu arah baharu
Pandu arah yang dipertingkatkan

Sistem pandu arah yang baharu memudahkan anda untuk melihat di mana anda berada dan apa yang anda lakukan, dan juga ke mana anda boleh pergi dan bagaimana mahu ke sana. Dengan kotak carian diletakkan di bahagian atas sebelah kanan, ciri pencarian adalah lebih mudah ditemui dan dan lebih cepat untuk digunakan.

Tampilan skrin bar alat sunting dipertingkat
Penambahbaikan bar alat tulis

Arca-arca yang baharu dan diperbaiki menjadikan tindakan yang akan dilakukan bagi setiap alat lebih jelas. Bahagian-bahagian yang boleh dikembangkan mengurangkan sepah sementara mengekalkan peralatan yang jarang digunakan cuma dalam jarak seklik sahaja. Bahagian bantuan membekalkan capaian pantas kepada rujukan bagi penanda wiki yang sering digunakan.

Cara untuk menyertai

Bagi mengetahui lebih lanjut akan projek ini ataupun ingin turut serta, sila lawati Wiki Inisiatif Kepenggunaan. Di sana, anda akan menemukan maklumat mengenai geran, kajian, rekaan + pembangunan, dan keluaran-keluaran kami. Bagi pertanyaan soalan dan maklum balas umum, sila gunakan laman perbincangan prototaip kami. Bagi persoalan suatu subjek khusus, sila gunakan laman perbincangan yang berkaitan. Sekiranya anda menemui sebarang pepijat, sila tinggalkan komen anda di laman perbincangan keluaran Babaco ataupun melalui Bugzilla.

Terima kasih, kami berharap untuk mendengar daripada anda!