Project:Dasar privasi

From translatewiki.net
Jump to: navigation, search
This page is a translated version of the page Project:Privacy policy and the translation is 100% complete.

Other languages:
Afrikaans • ‎Ænglisc • ‎العربية • ‎asturianu • ‎авар • ‎azərbaycanca • ‎تۆرکجه • ‎Bikol Central • ‎беларуская • ‎български • ‎روچ کپتین بلوچی • ‎বাংলা • ‎བོད་ཡིག • ‎بختیاری • ‎brezhoneg • ‎bosanski • ‎català • ‎нохчийн • ‎کوردیی ناوەندی • ‎čeština • ‎словѣньскъ / ⰔⰎⰑⰂⰡⰐⰠⰔⰍⰟ • ‎dansk • ‎Deutsch • ‎Zazaki • ‎dolnoserbski • ‎डोटेली • ‎Ελληνικά • ‎emiliàn e rumagnòl • ‎English • ‎British English • ‎Esperanto • ‎español • ‎español (formal) • ‎eesti • ‎euskara • ‎فارسی • ‎suomi • ‎føroyskt • ‎français • ‎Frysk • ‎galego • ‎Avañe'ẽ • ‎ગુજરાતી • ‎客家語/Hak-kâ-ngî • ‎Hawaiʻi • ‎עברית • ‎हिन्दी • ‎hrvatski • ‎hornjoserbsce • ‎magyar • ‎interlingua • ‎Bahasa Indonesia • ‎ГӀалгӀай • ‎italiano • ‎日本語 • ‎ქართული • ‎қазақша (кирил)‎ • ‎ភាសាខ្មែរ • ‎ಕನ್ನಡ • ‎한국어 • ‎Karjala • ‎Ripoarisch • ‎Kurdî (latînî)‎ • ‎Кыргызча • ‎Lëtzebuergesch • ‎لەکی‎ • ‎لۊری شومالی • ‎lietuvių • ‎Mizo ţawng • ‎latviešu • ‎македонски • ‎मराठी • ‎Bahasa Melayu • ‎Nāhuatl • ‎Bân-lâm-gú • ‎Napulitano • ‎Nederlands • ‎occitan • ‎Livvin-Karjalan • ‎Oromoo • ‎ਪੰਜਾਬੀ • ‎Kapampangan • ‎Deitsch • ‎polski • ‎Piemontèis • ‎پښتو • ‎português • ‎português do Brasil • ‎română • ‎tarandíne • ‎русский • ‎саха тыла • ‎Scots • ‎سنڌي • ‎Sängö • ‎srpskohrvatski / српскохрватски • ‎සිංහල • ‎slovenčina • ‎slovenščina • ‎shqip • ‎српски (ћирилица)‎ • ‎svenska • ‎தமிழ் • ‎ತುಳು • ‎తెలుగు • ‎ไทย • ‎Tagalog • ‎толышә зывон • ‎Türkçe • ‎татарча • ‎ⵜⴰⵎⴰⵣⵉⵖⵜ • ‎удмурт • ‎ئۇيغۇرچە • ‎українська • ‎اردو • ‎vepsän kel’ • ‎Tiếng Việt • ‎მარგალური • ‎ייִדיש • ‎中文(简体)‎ • ‎中文(繁體)‎ • ‎中文(香港)‎

Skop umum

Dasar ini meliputi maklumat kenal pasti peribadi yang dikumpul atau disimpan oleh translatewiki.net dalam pelayan-pelayannya berkenaan projek dan komunitinya. Translatewiki.net mengumpul dan mengekalkan maklumat kenal pasti peribadi yang sedikit-dikitnya diperlukan untuk memenuhi keperluan pengendalian projek.

Sifat projek yang umum dan usaha sama

Translatewiki.net dibangunkan secara usaha sama oleh para penggunanya menggunakan perisian MediaWiki. Sesiapa yang diberi kebenaran untuk menyunting boleh menyunting laman-laman yang boleh disunting dalam tapak ini sebaik sahaja log masuk sebagai pengguna berdaftar. Dengan itu, penyunting menerbitkan dokumen baru dan juga rekod umum setiap perkataan yang dibubuh, digugurkan atau diubah. Tindakan ini diperlihatkan secara umum, iaitu para penyunting boleh dikenal pasti sebagai pengubah oleh orang awam. Segala sumbangan yang dilakukan pada projek ini, dan segala maklumat umum mengenai sumbangan-sumbangan itu, diberi lesen yang tidak boleh ditarik balik dan boleh disalin, dipetik, diguna semula dan diadaptasikan secara bebas oleh pihak ketiga tanpa banyak kekangan.

Kegiatan di translatewiki.net

Pada umumnya, Dasar ini hanya berkaitan dengan maklumat peribadi yang disimpan atau dipegang oleh translatewiki.net yang tidak disiarkan kepada umum.

Interaksi dengan translatewiki.net yang tidak diliputi oleh Dasar ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, aspek-aspek melayari dan menyunting laman, penggunaan fungsi "pengguna e-mel" wiki. Interaksi sebegini boleh mendedahkan alamat IP penyumbang, dan mungkin juga maklumat peribadi yang lain kepada sesiapa sahaja di kalangan orang awam, ataupun kumpulan-kumpulan sukarelawan tertentu yang tidak terikat dengan translatewiki.net.

Para pengguna juga boleh berinteraksi dengan satu sama lain di luar translatewiki.net, melalui e-mel, IRC atau ruang sembang seumpamana, atau tapak-tapak web yang tiada kena-mengena dengan tapak ini, tetapi haruslah menilai risiko-risiko terlibat, atau keperluan privasi sendiri, sebelum menggunakan kaedah-kaedah perhubungan ini.

Akaun pengguna dan penulisan

Translatewiki.net memerlukan para penyunting supaya berdaftar dengan tapak webnya, walaupun laman-laman tertentu boleh disunting tanpa log masuk dengan nama pengguna, yang mana mereka akan dikenal pasti dengan alamat IP rangkaian. Pengguna yang berdaftar pula dikenal pasti dengan nama pengguna pilihan mereka. Pengguna memilih kata laluan yang rahsia dan digunakan untuk mengesahkan keutuhan akaun mereka. Kecuali setakat yang diwajibkan oleh undang-undang, tiada sesiapa boleh memperlihatkan atau sengaja mendedahkan kata laluan pengguna dan/atau cecikut (cookies) yang dijana untuk mengenal pasti seseorang pengguna. Setelah dicipta, akaun pengguna tidak akan digugurkan, melainkan ia dinilai sebagai jelas berniat jahat oleh kakitangan translatewiki.net. Nama pengguna boleh ditukar, tetapi pihak translatewiki.net tidak menjamin nama pengguna akan ditukar atas permintaan.

Tujuan pengumpulan maklumat peribadi

Translatewiki.net mengehadkan pengumpulan data pengguna kenal pasti peribadi kepada tujuan-tujuan yang memanfaatkan projek-projeknya, termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:

  • Untuk meningkatkan kebertanggungjawapan projek di mata umum. Translatewiki.net memahami bahawa sebarang sistem yang cukup terbuka untuk membolehkan penyertaan orang awam seramai-ramainya juga akan terdedah kepada jenis-jenis penyalahgunaan dan kelakuan tak produktif yang tertentu. Translatewiki.net telah menetapkan beberapa mekanisme untuk mencegah atau memulihkan tindakan salah guna. Contohnya, apabila menyiasat penyalahgunaan terhadap projek, termasuk penggunaan “boneka” (akaun pendua) yang berniat jahat, laku musnah, harassment of other users, atau kelakuan menimbulkan gangguan yang disyaki, alamat IP pengguna (yang didapati dari log-log itu atau rekod dalam pangkalan data) boleh digunakan untuk mengenal pasti punca salah laku itu. Maklumat ini boleh dikongsikan oleh pengguna berkuasa pentadbiran yang ditugaskan melindungi projek.
  • Untuk menyediakan statistik tapak. Untuk tujuan statistik, translatewiki.net mengambil sampel data log mentah daripada kunjungan pengguna. Log-log ini digunakan untuk menghasilkan laman statistik tapak; fata log mentah tidak ditunjukkan kepada umum.
  • Untuk menyelesaikan masalah teknikal. Data log boleh dikaji oleh para pembangun apabila menyelesaikan masalah teknikal serta menjejak "perangkak sesawang" (web spiders) berkelakuan buruk yang melemahkan tapak ini.

Translatewiki.net boleh memuatkan sumber-sumber seperti JavaScript dari pelayan luar yang mungkin menjejaskan privasi pengguna (cth. Google Adwords atau bayangan penterjemahan). Terpulang kepada pengguna untuk mencegah pendedahan butiran-butiran yang tidak diingini gara-gara memuatkan sumber daripada pelayan luar.

Butiran pengekalan data

Jangkaan umum

Alamat IP dan maklumat teknikal yang lain

Apabila seorang pengunjung memohon atau membaca laman, tiada lagi maklumat yang dikumpul selain yang biasanya dikumpul oleh tapak web yang biasa. Translatewiki.net boleh menyimpan tetapi tidak akan menerbitkan log mentah bagi transaksi sebegini.
Apabila sesebuah laman disunting oleh penyunting yang log masuk, pelayan menyimpan maklumat alamat IP berkaitan secara sulit selama masa yang terhad. Maklumat ini dihapuskan secara automatik selepas tempoh yang ditetapkan. Bagi penyunting yang tidak log masuk, alamat IP yang digunakan dianggap sebagai pengarang suntingan secara umum dan berkekalan. Pihak ketiga boleh mengenal pasti pengarangnya dari alamat IP ini di samping maklumat lain yang sedia ada. Privasi anda lebih terpelihara apabila anda log masuk dengan nama pengguna yang berdaftar,

Cecikut (Cookies)

Tapak ini menetapkan cecikut sesi sementara dalam komputer pengunjung apabila sesebuah laman dikunjungi. Pembaca yang tidak berniat untuk log masuk atau menyunting boleh menolak cecikut ini; ia akan dihapuskan pada akhir sesi pelayannya. Lebih banyak cecikut akan ditetapkan apabila seseorang log masuk untuk mengekalkan status log masuk. Jika seseorang menyimpan nama pengguna atau kata laluan dalam pelayan seseorang, maklumat ini akan disimpan hingga 30 hari, dan maklumat ini akan dihantar semula ke pelayan setiap kali projek ini dikunjungi. Para penyumbang yang menggunakan mesin awam dan tidak ingin menunjukkan nama pengguna mereka kepada pengguna mesin yang lain pada masa akan datang wajar memadamkan cecikut ini selepas menggunakan mesin.

Sejarah laman

Suntingan atau sumbangan lain kepada projek pada terjemahan, laman pengguna, laman perbincangan dan laman-laman lain biasanya dikekalkan buat selamanya. Memadamkan teks daripada projek tidak akan menghapuskannya buat selamanya. Biasanya, sesiapa boleh melihat versi terdahulu laman untuk melihat bahan yang pernah disiarkan. Walau sekalipun rencana rencana "dihapuskan", namun seseorang pengguna yang dipercayakan dengan tahap capaian yang lebih tinggi masih boleh melihat apa yang telah dipadamkan daripada tatapan umum. Maklumat boleh dihapuskan buat selamanya oleh individu yang mempunyai capaian ke translatewiki.net, tetapi selain keadaan yang jarang berlaku yang mana translatewiki.net perlu menghapuskan bahan sejarah penyuntingan atas perintah mahkamah atau proses undang-undang yang seumpamanya, tiada jaminan bahawa penghapusan abadi akan berlaku.

Sumbangan pengguna

Sumbangan pengguna juga diagregat dan ditunjukkan kepada umum. Sumbangan pengguna diagregat mengikut status pendaftaran dan log masuk mereka. Data mengenai sumbangan pengguna, seperti waktu suntingan dibuat dan bilangan suntingan yang dilakukan oleh mereka, ditunjukkan kepada umum dalam senarai sumbangan pengguna dan borang-borang agregat yang diterbitkan oleh pengguna lain.
Membaca projek
Tiada lagi maklumat yang dikumpul mengenai pengguna dan pengunjung lain yang membaca laman, selain yang biasa dikumpul dalam log pelayan oleh tapak web. Selain daripada data log mentah yang dikumpul untuk tujuan am seperti yang dinyatakan di atas, kunjungan laman tidak mendedahkan identiti pengunjung kepada umum. Data log mentah yang dijadikan sampel mungkin mengandungi alamat IP sebarang pengguna, tetapi itu pun tidak disiarkan kepada umum.
Menyunting projek
Sunting pada laman dikenal pasti dengan nama pengguna atau alamat IP rangkaian penyunting, dan sejarah penyuntingan diagregat mengikut penarang dalam senarai sumbangan. Maklumat sebegini akan disediakan secara berkekalan.
Pengguna berdaftar yang log masuk:
Pengguna yang log masuk tidak mendedahkan alamat IP-nya kepada awam kecuali jika berlakunya kes penyalahgunaan, melibatkan laku musnah terhadap laman wiki oleh pengguna itu atau seorang lagi pengguna yang sama alamat IP-nya. Alamat IP pengguna disimpan dalam pelayan translatewiki.net untuk suatu tempoh, dan boleh dilihat oleh pentadbir pelayan dan pengguna yang diberi capaian CheckUser.
Maklumat alamat IP dan hubungannya dengan sebarang nama pengguna yang berkongsinya boleh dikeluarkan dalam keadaan-keadaan tertentu (lihat di bawah).
Penyunting yang menggunakan pelayan mel syarikat dari rumah atau bertelekerja melalui sambungan DSL atau Internet kabel mungkin lebih senang dikenal pasti dengan alamat IP-nya; untuk itu, mungkin senang untuk mengenal pasti semua sumbangan kepada projek yang dibuat oleh alamat IP itu secara semakan silang. Dalam hal ini, lebih baik nama pengguna digunakan demi memelihara privasi.
Pengguna berdaftar yang tidak log masuk dan pengguna tak berdaftar:
Penyunting yang tidak log masuk mungkin dikenal pasti dengan alamat IP rangkaian. Bergantung pada sambungannya, alamat IP ini boleh dijejaki ke dalam sesebuah pembekal khidmat Internet yang besar, ataupun secara spesifik, ke dalam sekolah, tempat perniagaan atau rumah. Maklumat ini boleh digunakan dengan maklumat lain, termasuk gaya penyuntingan dan keutamaan tetapan untuk mengenal pasti pengarang selengkapnya.
Perbincangan
Di laman perbincangan wiki:
Sebarang laman yang boleh disunting secara teorinya boleh menjadi lokasi perbincangan. Umumnya, perbincangan di translatewiki.net boleh berlaku di laman perbincangan pengguna (berkaitan dengan pengguna tertentu) di laman perbincangan projek yang disokong (berkaitan dengan projek-projek disokong yang tertentu) atau dalam laman-laman yang dikhususkan untuk berfungsi sebagai forum (cth. laman Bantuan). Jangkaan privasi berkaitan dengan laman perbincangan sama seperti di tempat lain.
Melalui e-mel:
Pengguna tidak diwajibkan menyenaraikan alamat e-mel apabila berdaftar. Pengguna yang menyediakan alamat e-mel yang sah boleh membolehkan pengguna log masuk yang lain untuk menghantar e-mel kepada mereka melalui wiki. Apabila menerima e-mel daripada pengguna lain melalui sistem ini, alamat e-melnya tidak didedahkan kepada mereka. Apabila memilih untuk menghantar e-mel kepada pengguna lain, alamat e-melnya dipaparkan sebagai pengirim.
Alamat e-mel yang dinyatakan dalam keutamaan pengguna seseorang boleh digunakan oleh translatewiki.net untuk tujuan perhubungan (komunikasi). Pengguna yang akaunnya tiada alamat e-mel yang sah tidak akan dapat mengeset semula kata laluannya jika ia hilang. Bagaimanapun, dalam hal sebegini, pengguna mungkin boleh menghubungi salah seorang pentadbir pelayan translatewiki.net untuk mengisikan alamat e-mel baru. Seorang pengguna boleh menggugurkan alamat e-melnya daripada keutamaannya pada bila-bila masa sahaja untuk mengelakkannya daripada digunakan. Surat-menyurat persendirian sesama pengguna boleh disimpan atas kehendak pengguna-pengguna terbabit dan tidak tertakluk kepada dasar translatewiki.net.
Di IRC:
Saluran IRC bukan sebahagian translatewiki.net secara rasminya, dan tidak dikendalikan di pelayan-pelayan kawalan translatewiki.net. Alamat IP pengguna yang bersembang melalui perkhidmatan sedemikan boleh terdedah kepada peserta-peserta lain. Privasi pengguna IRC di setiap saluran hanya boleh dilindungi mengikut dasar-dasar perkhidmatan atau saluran masing-masing. Saluran-saluran berlainan mengamalkan dasar-dasar berbeza mengenai sama ada log boleh diterbitkan.

Capaian kepada dan pengeluaran maklumat kenal pasti peribadi

Capaian:

Projek ini dikendalikan terutamanya oleh penyumbang sukarela. Sesetengah pengguna berdedikasi diberikan capaian istimewa. Contohnya, tahap capaian pengguna ke translatewiki.net ditentukan oleh kehadiran pengguna di pelbagai "projek yang disokong". Hak-hak kumpulan pengguna dan ahli-ahli kumpulan boleh dicapai dari laman public.

Pengguna-pengguna lain yang mungkin mempunyai capaian kepada maklumat kenal pasti peribadi termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pengguna yang mempunyai capaian kepada fungsi CheckUser, pekerja translatewiki.net, orang-orang yang dilantik, dan kontraktor-kontraktor dan ejen-ejen yang bekerja untuk pengendali translatewiki.net, dan pihak pembangunan dan lain-lain yang mempunyai tahap capaian pelayan yang tinggi.

Berkongsi maklumat dengan pengguna-pengguna istimewa yang lain tidak dianggap sebagai "pengedaran."

Pengeluaran: Dasar Pengeluaran Data

Translatewiki.net mengamalkan dasar bahawa data kenal pasti peribadi yang dikumpul dalam log-log pelayan, atau melalui rekod-rekod dalam pangkalan data melalui ciri CheckUser, atau melalui kaedah-kaedah lain yang tidak diketahui umum, boleh dikeluarkan oleh para sukarelawan atau kakitangan translatewiki,net, dalam mana-mana situasi yang berikut:

  1. Untuk menyambut sepina atau permintaan wajib yang lain daripada penguatkuasa undang-undang,
  2. Dengan kebenaran pengguna yang terbabit,
  3. Jika perlu untuk menyiasat aduan salah guna,
  4. Yang mana maklumat berkenaan dengan kunjungan laman yang dijana oleh perangkak atau bot dan penyebarannya adalah perlu untuk menggambarkan atau menyelesaikan isu teknikal,
  5. Yang mana pengguna telah melaku musnah laman-laman atau berulang kali berkelakuan menimbulkan ggangguan, data boleh dikeluarkan kepada pembekal khidmat, pembawa, atau mana-mana entiti pihak ketiga untuk membantu dalam penyasaran sekatan IP, atau membantu dalam perumusan aduan kepada Pembekal-Pembekal Khidmat Internet yang berkaitan,
  6. Yang mana timbul perlunya yang munsabah untuk melindungi hak-hak, harta benda atau keselamatan translatewiki.bet, para penggunanya atau orang awam.

Kecuali yang diterangkan di atas, dasar translatewiki.net tidak membenarkan pengedaran maklumat kenal pasti peribadi atas sebarang sebab.

Capaian pihak ketiga dan pemberitahuan pengguna berdaftar apabila menerima proses undang-undang:

Sebagai prinsip am, capaian kepada dan pengekalan data kenal pasti peribadi di semua projek sewajarnya berada dalam tahap minimum dan hanya wajar digunakan secara dalaman sahaja demi kebaikan projek. Bagaimanapun, adakalanya translatewiki.net mungkin menerima sepina atau sebarang permintaan wajib yang lain daripada agensi penguatkuasaan undang-undang atau mahkamah atau lembaga kerajaan yang seumpamanya yang meminta supaya kami mendedahkan maklumat mengenai seseorang pengguna berdaftar, dan mungkin diperintah oleh undang-undang supaya mematuhi permintaan itu. Seandainya timbul permintaan wajib di sisi undang-undang yang sedemikan, translatewiki.net akan cuma memaklumkan pengguna yang terbabit dalam tiga hari bekerja selepas sepina itu disampaikan, dengan menghantar pemberitahuan melalui e-mel kepada alamat e-melnya (jika ada) yang dinyatakan oleh pengguna yang terbabit dalam keutamaan penggunanya.

Translatewiki.net tidak boleh menasihati pengguna yang menerima pemberitahuan sedemikian berkenaan undang-undang atau cara memaklum balas sepina itu dengan betul. Walau apapun, translatewiki.net memahami bahawa pengguna-pengguna sedemikian mempunyai hak di sisi undang-undang untuk menahan atau mengehadkan maklumat itu dalam mahkamah dengan memfailkan usul untuk membatalkan sepina itu. Pengguna yangh ingin melawan sepina atau permintaan wajib yang lain harus mendapatkan nasihat guaman berkenaan hak-hak dan prosedur-prosedur yang dapat digunakan yang sedia ada.

Jika translatewiki.net menerima usul yang difailkan mahkamah untuk membatalkan ataupun mengehadkan sepina sebagai hasil tindakan oleh pengguna atau peguamnya, pihak translatewiki.net tidak akan mendedahkan maklumat yang diminta sehingga pihak translatewiki.net menerima arahan mahkamah untuk berbuat demikian.

Pengguna berdaftar tidak diwajibkan untuk memberikan alamat e-mel. Bagaimanapun, apabila seseorang pengguna berdaftar yang terbabit tidak memberikan alamat e-melnya, translatewiki.net tidak akan dapat memaklumkan pengguna terbabit dalam pesanan e-mel peribadi apabila ia menerima permintaan daripada penguatkuasa undang-undang untuk mendedahkan maklumat kenal pasti peribadi mengenai pengguna itu.

Penafian

Translatewiki.net percaya bahawa penyelenggaraan dan pemeliharaan privasi data pengguna ialah satu nilai yang penting. Dasar Privasi ini dan tindakan-tindakan oleh translatewiki.net melambangkan usaha komited untuk melindungi keselamatan maklumat pengguna terhad yang dikumpul dan dikekalkan dalam pelayan-pelayan kami. Walau apapun, translatewiki.net tidak boleh menjamin bahawa maklumat pengguna itu akan kekal persendirian. Kami akur bahawa, sungguhpun kami komited berusaha untuk melindungi maklumat pengguna persendirian, namun ada individu-individu cekal yang masih boleh membangunkan perlombongan data dan kaedah-kaedah lain untuk menjumpai lalu mendedahkan maklumat sedemikan. Oleh sebab itu, translatewiki.net tidak boleh membuat jaminan tiadanya capaian tanpa kebenaran kepada maklumat yang disediakan sepanjang penyertaan dalam projek-projek translatewiki.net atau komuniti-komuniti berkaitan.

In cases of conflicting information between a translated version of this page and the original version in the English language, the English version will take precedence over the translated version.