Penterjemahan:Projek baru

From translatewiki.net
Jump to navigation Jump to search
This page is a translated version of the page Translating:New project and the translation is 100% complete.

Translatewiki.net hendak berkembang maju

Kami sedang mencari-cari projek baru! Jangan teragak-agak untuk menghubungi kami dan membincangkan bagaimana projek anda boleh ditambahkan ke dalam translatewiki.net! Kami menghargai kerja-kerja penterjemah sukarela kami; iaitu kami sedang mencari projek-projek sihat yang boleh giat dimajukan untuk masa depan yang sejauhnya. Kami juga menekankan komunikasi antara para penterjemah dan pembangun. Yang berikut ialah senarai ringkas yang menonjolkan harapan kami kepada projek baru, dan proses-proses yang perlu diuruskan sebaik sahaja projek diterima.

Kami memerlukan...

Keterbukaan
Keterbukaan Kami hanya menerima projek yang menggunakan lesen bebas dan sumber terbuka. Kami perlu membuat pilihan tentang apa yang kami ingin menyokong secara langsung. Oleh sebab kami berasal-usul di MediaWiki dan Wikimedia, inilah nilai yang penting bagi kami. Jika aplikasi anda tidak bebas, tetapi anda masih ingin menggunakan perisian yang sama, sila baca dokumentasinya.
 
Pembangunan
Pembangunan Projek baru itu haruslah berada dalam pembangunan aktif dan menggunakan sistem kawalan versi. Kami sudah biasa dengan CVS, Subversion dan Git. Projek ini seharusnya dikeluarkan secara berkala atau apa sahaja cara lain untuk mengemas kini penterjemahan. Masa untuk menyediakan terjemahan (translation into use, TIU) haruslah dikurangkan sebaik-baiknya. Terdapat pelbagai cara untuk mempercepat penyediaan terjemahan yang boleh dibincangkan.
 
Penyepaduan
Penyepaduan Sebaik sahaja kandungan projek anda diterjemahkan di translatewiki.net, sepatutnya kakitangan translatewiki.net mampu menyepadukan perubahan-perubahan itu kembali ke produk anda. Ini memerlukan prosedur penambahan bahasa dan capaian ikat janji untuk sekurang-kurangnya seorang ahli kakitangan translatewiki.net. Ini memastikan supaya hasil kerja penterjemah akan disepadukan betul-betul. Kakitangan translatewiki.net banyak berpengalaman dalam mengusahakan pelbagai sistem kawalan sumber.

Kami suka...

Sokongan i18n
Sokongan i18n Kami hanya menyokong pengekodan aksara UTF-8. Sokongan dalam kerangka i18n untuk aplikasi untuk pemboleh ubah, berbagai-bagai bentuk jamak, dan bahasa kanan-ke-kiri diutamakan. Kami rasa sokongan untuk bentuk tatabahasa mestilah sentiasa dipertimbangkan, begitu juga sokongan untuk jantina pengguna yang mana pengguna itu dihubungi secara terus, atau pengguna lain disebut dalam teks antara muka.
 
Komunikasi
Komunikasi Seorang pembangun dari projek ini haruslah aktif di translatewiki.net untuk menjawab soalan, memaklumkan keluaran akan datang, berkoordinasi dengan kumpulan pembangun projek dsb. Pendekatan penyetempatan kami paling berkesan apabila pengetahuan disalurkan sebebas-bebasnya antara komuniti pembangun dan komuniti penterjemah. Dengan itu, perhubngan projek memainkan peranan yang amat penting.
 
Format fail
Format fail Sistem translatewiki.net berasaskan fail terjemahan. Penggunaan format fail berasaskan kunci diutamakan, misalnya sifat-sifat Java dan YAML bergaya Ruby. Format-format fail lain yang disokong termasuk tatasusunan PHP, pemboleh ubah PHP dan Gettext. Beritahu kami jika anda memikirkan format fail yang berlainan; setahu kami, penambahan sokongan format fail agak mudah untuk sesiapa yang mahir dalam PHP.


Masih berminat? Bagus. Sila hubungi kami di saluran IRC kami, #mediawiki-i18n di freenode, melalui e-mel, atau di laman bantuan kami. Walau apapun, sembang secara langsung paling bagus untuk menyelesaikan apa jua isu yang mungkin timbul serta memperbaiki segalanya. Jika anda ingin mengetahui lebih banyak perkara, apa kata anda cuba laman penyetempatan untuk pembangun.