Jump to content

Pengenalan

From translatewiki.net
This page is a translated version of the page Translating:Intro and the translation is 67% complete.
Outdated translations are marked like this.

Pengenalan

Di sini (translatewiki.net), kami membina dan sentiasa memperbaiki prasarana untuk memudahkan penyetempatan projek-projek sumber terbuka dan dokumen-dokumen bertulis bebas. Kami berusaha untuk mencapai kedua-dua tujuan kami ini.

Tujuan pertama kami ialah kecekapan. Untuk meningkatkan kecekapan proses, kami bersepadu erat dengan proses pembangunan perisian untuk mengurangkan tempoh putaran. Selain itu, kami membangunkan peralatan untuk mengautomatikkan penyepaduan terjemahan. Ini meringankan beban setiap penterjemah supaya hanya menumpukan perhatian kepada menghasilkan terjemahan terbaik yang mampu.

Tujuan kedua kami ialah kerjasama. Seluruh sistem dibina di atas wiki. MediaWiki merupakan enjin wiki popular yang menyediakan kerangka untuk membina komuniti-komuniti yang bekerjasama. Kami menggalakkan para penterjemah untuk saling bantu-membantu sambil merentas sempadan projek dan bahasa dengan pelbagai cara, serta bertindak sebagai perekat antara pembangun dan penterjemah.

Anda tidak perlu tahu bagaimana untuk mengatur cara. Jika anda membiasakan diri dengan perisian wiki, anda akan cepat mempelajari cara menggunakan translatewiki.net. Anda cuma perlu fasih beberapa bahasa, pelayar web (browser) dan minda yang terbuka.

Projek utama translatewiki.net – MediaWiki – kini digunakan dalam lebih daripada 300 bahasa. translatewiki.net menerima kemaskini dalam lebih 100 bahasa setiap bulan.